Kampong saya terletak di pedalaman Pahang. Ia terletak di dalam ladang kelapa sawit. Jadi kampong saya ini dikelilingi olih ladang kelapa sawit yang tebal. Idea meletakkan kampong di dalam ladang kelapa sawit ini telah dimuncolkan olih Arwah Tun Razak.
Untok masok ke dalam kawasan kampong mengambil masa sepuloh minit. Perlu menelusuri kawasan ladang. Jalannya agak baik walaupun ada banyak lubang yang mampu menjadikan penunggang motorsikal sebagai arwah. Di pinggir-pinggir jalan dijadikan padang ragut olih penternak lembu. Sekali tengok macam New Zealand.
Rumah datuk dan nenek saya betol-betol di permulaan kawasan kampong. Hanya beberapa meter dari pintu gerbang kampong. Dahulu – di kaki pintu gerbang ini dibina replika batu nisan dan dicat dengan bendera parti politik PAS. Pertama kali melihat batu nisan ini saya telah terperanjat dan melarikan diri. Saya fikir batu nisan ini pastilah kubur pemimpin tertinggi PAS yang t’lah mati. Ternyata pandangan saya silap.
Nenek saya telah berderai-derai ketawa bila mendengar cherita dari saya. Nenek saya mula bercherita yang dia juga keliru modus operandi PAS membina batu nisan disitu. Sama ada PAS sudah berkubur atau satu amaran kepada penduduk untok mengingati mati. Sekarang batu nisan ini tidak ada lagi. Entah kemana menghilang.
Bersetentangan dengan rumah datuk dan nenek ialah rumah ketua blok. Namanya Pak Hashim. Saya tidak tahu bagaimana dia telah diiktiraf sebagai ketua blok. Mungkin kerana dia mempunyai saorang anak dara yang cun dan bergetah lalu penduduk disitu mengangkat martabat beliau sebagai ketua blok. Anaknya bernama Zabina. Kawan ketika saya kecil. Saya selalu main pondok-pondok dan saya selalu berlagak menjadi suami kepada Zabina. Saya panggil dia Bina.
Pernah suatu ketika – ketika kami main pondok-pondok – dia telah tersalah potong jari manis saya. Hampir tercabot isi kulit jari manis saya ini. Darah memancot mancot keluar - lalu saya dikejarkan ke hospital. Saya meraung kesakitan. Satelah kembali kerumah – nenek saya mencheritakan Zabina ini telah menangis mengenangkan saya akan mati kerana kehilangan jari manis. Saya tersenyum – hero macam mana bolih mati. Kalau mati tamatlah cerita. Apa kebodohnya Zabina ini. Itupun tak tahu.
Olih kerana Zabina ini sangat comel dan semasa itu keluarga saya maseh belom mempunyai anak perempuan – ayah saya telah mencadangkan agar dipinjam Zabina ini untok dibawa ke kota ke rumah ibu dan bapa saya. Lantas saya bersetuju dan meminta kebenaran dari ibu bapanya. Dia mengikut kami ke kota dan ayah saya membawa Zabina ini ronda sekeliling kota. Saya – macam biasalah terseringai senyum. Tanda senang hati. Kami makan buah betik di depan panggong Rex berdepan dengan stesen bas tepi sungai. Kami bercempera di pantai Telok Chempedak.
Tapi itu dulu. Satelah besar kami menjadi renggang. Mungkin kerana perasaan malu. Mungkin kerana semasa kecil kami pernah menyimpan perasaan. Suatu ketika kira-kira sebelas tahun dahulu - sedang saya sibok untok mengambil peperiksaan menengah rendah – saya pulang ke kampong menziarah datuk dan nenek. Nenek membuka satu kesah – Zabina telah berhenti sekolah dan berkahwin dengan lelaki kampong sebelah. Saya menjadi terkejut. Tetapi tidak kecewa. Apa jadahnya dia ini kawen awal. Dahlah majelis kahwin tak jempot. Celaka betol!! Dengar cherita sekarang sudah ada anak dua.
Di hujung kampong saya ini – ada sabuah lagi kampong. Tetapi saiznya agak kecil dan dikelilingi hutan. Kampong ini diduduki olih keluarga berbangsa Cina. Ada juga beberapa kerat berbangsa India. Mereka mengumpol hasil hutan. Ada yang membuka kebun dan berjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Anak-anak muda Cina ramai yang membuka kedai membaiki motosikal. Kedai membaiki motosikal ini dinamakan ‘Kedai Pomen’. Perkampungan ini menjadi pot kepada anak-anak muda Melayu membaiki motosikal. Kampong ini mempunyai dua jalan yang menghubungkan bandar Maran dan Jerantot.
Saorang India yang tinggal di perkampongan ini kerjanya membawa traktor. Namanya Nalapan. Dia selalu singgah mengeteh di warung datuk dan nenek. Dia sangat peramah dan selalu tersenyum. Mengikut cherita nenek – Nalapan ini maseh hidop dan maseh sehat. Saorang anaknya telah berjaya menjadi doktor.
Di tengah perkampongan kecil di dalam hutan ini ada sabuah bandar kecil. Peniaganya terdiri dari yang berbangsa Cina. Ada yang menjual barang elektrik, perabot, pakaian dan tukang jahit. Bagi yang berbangsa India - kedai paling top ialah kedai gunting rambot pusing kepala. Selepas gunting rambot – urut tengkok dengan minyak hijau- lalu kepala dipusing kiri dan kanan. Untok kepala bana apa? Sumpah saya tak tahu. Ada juga mamak – membuka warung. Mamak ini menjual candu. Candunya ialah gusti WWF. Warong mamak ini dipenohi dengan pak imam, tok bilal, tok siak, dan tok kepala bana untok menonton gusti. Ini candu. Dibuat ketagih untok teros tercokoh di warong.
Apa yang saya cheritakan ini adalah percampuran masyarakat berbilang bangsa. Lebih intelek kalau dipanggil masyarakat majmok. Tetapi di dalam percampuran masyarakat majmok ini t’lah muncol satu budaya pelik. T’lah lama saya perhatikan budaya ini semakin lama semakin terjebol. Dari hari ke hari. Dari bulan ke bulan. Dari tahun ke tahun. Dari jenerasi ke jenerasi.
Budaya pelik ini dimuncolkan olih Orang Melayu. Apa yang saya perhatikan Orang Melayu ini bila datang membeli di kedai Cina – mereka akan bertutur Bahasa Melayu mengikut pelat Cina. Apabila mereka menggunting rambot di kedai India – mereka akan bertutur Bahasa Melayu mengikut pelat India. Apabila mereka ke warung mamak untok mengeteh – mereka akan bertutur Bahasa Melayu mengikut pelat mamak. Kepala bana apa?
Rasa saya ini satu penghinaan kepada Bahasa Melayu. Mengapa kita perlu pelatkan atau mengikut loghat Cina berbahasa Melayu? Mengapa kita perlu merosakkan Bahasa Melayu dengan loghat India? Adakah dengan kita melakukan sademikian – kita akan dapat potongan harga sebanyak 50 peratus di dalam urusan jual beli?
Budaya pelik yang saya lihat ketika kecil ini telah mengawan dan akhirnya beranak pinak. Sekarang budaya ini telah berkembang. Tak percaya? Sila ke kedai Cina. Sila ke warung Mamak. Sila ke kedai gunting rambut India. Dudok tercokoh dan perhatikan. Hasilnya apa yang saya cheritakan ini adalah perkara benar.
Dunia sudah terbalik. Sepatutnya kita sebagai Orang Melayu perlu menggunakan Bahasa Melayu dengan betol. Kemudian menjadi pembimbing kepada kaum-kaum lain untok bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Orang Melayu perlu menjadi ikutan bukan mengikut cara dan gaya kaum lain bertutur dalam Bahasa Melayu. Sudahlah dipaksa belajar Sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sendiri tidak diutamakan. Kemudian kita sebagai Orang Melayu sendiri menjahanamkan nilai dan budaya bahasa. Rasa saya ini bukan sesuatu yang baik untok kita amalkan. Budaya ini wajib kita tinju agar ia tergolek.
Bahasa jiwa bangsa. Lihat bagaimana arwah P.Ramlee menulis lirik dan lagu. Puitis dan cukop indah. Kerana itu juga cherita dan lagunya maseh diminati sampai sekarang. Lihat bagaimana Indonesia mengembangkan Bahasa Melayu dengan lenggok lentur lagu bahasanya. Puitis dan cukop indah. Tak percaya? Tanya makcik-makcik suri rumah yang tercokoh depan tv setiap petang. Apa sudah jadi dengan kita di Malaysia?
Lalu saya teringat ketika saya berada di Tokyo. Suatu petang ketika saya sedang beratur di Disneyland untok menaiki Roller Coaster saya terpandang saorang gades Jepun. Saya tidak pandai berbahasa Jepun – lalu saya hanya senyum dan diam. Saya memerhatikan dia – cantek juga orangnya. Dia juga memerhatikan saya. Dia mendekati lalu menghulurkan salam. Dia memperkenalkan diri sebagai Maiko – saorang gades Tokyo yang sangat manes.
Saya telah terperanjat. Dia menggunakan Bahasa Melayu pasar ketika bercakap dengan saya. Melihat dia bagitu fasih membuatkan saya hampir tergolek. Saya memperkenalkan diri. Dia mula membocorkan rahsia. Dia adalah bekas mahasiswa Universiti Malaya.
Lihat – dalam masa dua tahun Maiko si gades Tokyo yang manes ini bolih bertutur dengan fasih Bahasa melayu . Paling memeranjatkan - dia menggunakan bahasa pasar. Bukan bahasa bunga bunga yang mengada-ngada. Bukan bahasa mengikut pelat Cina dan india. Bukan juga mengada-ngada bunyi Melayu yang di-Inggeriskan. Saya mengandaikan bahawa Maiko si gades Tokyo yang sangat manes ini lebih kuat jiwa Melayunya dari orang-orang dari kampong saya.
Jika ditanya kepada saya siapa yang saya pilih untok melepak berdua di Warung Mak Jah Kampong Kerinchi antara Zabina, orang kampong saya, Pak Hashim atau Maiko saorang gades Tokyo yang manes – saya akan memilih Maik
No comments:
Post a Comment